PIN POST

Di bawah naungan MAJUARA GROUP terdapat syarikat Majuara Rizq Global Sdn Bhd, Majuara Engineering Enterprise dan Majuara Ezyrich Agency. Kami Menjalankan Kerja-Kerja Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujilari Serta Khidmat Sewaan Bagi Perkakasan Alat Bantuan Mengajar, Conference Sistem, Pendawaian Elektrik, Audio Visual, Cctv, Networking, Sound System, Access Door, Consulting, System Design, Electronic Display System & Yang Berkaitan di dalam sektor kerajaan, swasta mahupun perseorangan.


Diawal penubuhan pada 16 Julai 2001 tertubuhnya syarikat Majuara Engineering Enterprise dengan Nombor Pendaftaran 001305261-W. Merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang berdaftar dengan Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan CIDB Malaysia.


Namun kini kami telah maju setapak lagi, bermula pada 01 March 2017 kami telah menubuhkan sebuah syarikat Sendirian Berhad iaitu Majuara Rizq Global Sdn Bhd yang telah berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 1220073-T.


Adalah menjadi keutamaan MAJUARA GROUP dimasa hadapan agar dapat mempertingkatkan dan mengembangkan lagi usaha untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berkualiti dan berdaya saing serta mempunyai jenama sendiri di pasaran global.



MISI
Memberi khidmat yang terbaik kepada pelanggan.
Memastikan peralatan yang dibekalkan berkualiti tinggi.
Sedia berkhidmat pada bila masa yang diperlukan.


VISI

Memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan kepakaran dan pengetahuan yang ada dari segi pendawaian, pemasangan dan penyelenggaraan yang sejajar dengan kemajuan teknologi pada era masa kini.